letras.top
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 #

letra de abang - tulangkata

Loading...

abang

tolong sekej-p diam, aku mahu jujur
sebelum abang hilang biar ibu tahu dulu
dalam doa maya orang tekan bait
orang dianiaya fatala fatwa tukang taip
kata kata tulangkata kata-kata tak bertulang
kaka kata tulangkata kata-kata tak bertulang
terbit ke buku diri bersenang-lenang
tapi pena tusuk kaki mana nak lenggang!

jalanku tersangkut jalan jalan ku tersangkut
dupa rupa ada parut orang nampak parut
jalanku tersangkut mulut-mulutku terkatup
dalam hati ada parut orang makan parut
jalanku dipandu doa, jalanku mengecut
ku tunduk patuh dek pesanmu aku dikejut
kakiku tongkah muka-muka yang beriku muka
orang yang bermuka akhirnya ku kasih rupa

haha

aku tiada tukar arah
azhar lina qaseh ada aku & hidayah
puisi itu aku versi aku ditolak tambah
jadi satu buku, wajah aku yang kau agah
ah
sesi koktel sudah waktu
lucutkan kemeja ateis
langit zulmat ikut aku
tergelincir dari basis
bulan pacak kaku bisu
perempuan malam mula narsis
aku insomnia
pegang pensil mula tulis

sekarang abang pandang muka yang tenang-tenang
ayah ibu sini pandang, abang nak tenang
cinta abang takkan lekang walaupun bayang menghilang
bila ayah ibu tenang barulah abang dikenang

sekarang abang pandang muka yang garang-garang
ayah ibu sini pandang, abang nak tenang
dalam kenang abang lekang kendati sejarah menopang
yang lalu sudah menggoncang, sekarang ibu jangan bimbang

abang bukan bimbang
nantikan abang hilang
bilik dah terang cukup ramai dah datang bertandang

aku masih tenang
doamu ku kenang
hati toh tenang cukup mamai toh tandang menerang

aku terus menang
dalam hatiku menang
ku malah senang hidupku tiada putih & hitam

aku terus senang
moga-moga ku senang
tuhan, ku canang doa jauh dari jiwaku legam

ayah
ibu
aku
aku
terus
aku

dari chairil, malique, kendrick
aku tetap aku

letras aleatórias

MAIS ACESSADOS

Loading...