letras.top
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 #

letra de perjuangan jiwa - saifullah khaisas - saifullah khaisas

Loading...

ku sedar, ku hanya jasad bernyawa
tiada berjiwa teguh, tiada kekuatannya
kembali ku mencari cahaya
cahaya kekuatan, untuk ku teruskan perjuangan

setiap kali ku mulakan satu langkah perjalanan
mencari satu arah yang sentiasa bertujuan
ku genggam satu ungkapan sejarah berulang
tidak sekali ku sedar akan apa yang ku tunjang

kelip-kelip ku sisip jadi cahaya tak terkedib
kata-kata bukan hanya untuk sesuatu nasib
pengembaraan ku jauh menjadi sandaran pendekar
cintaku teguh utuh ku butuh segala kata sukar

langkah kaki ku kian sukar kerna dek halangan
halangan jiwa yang tak harap kekangan
sentiasa dihuk-m oleh mereka yang rasa gempak
hanya sanggup berikan ku kata – kata hapak

sering terjadi peristiwa yang amat memilukan
dikala ku cuba mencari satu arah perjalanan
ku gagal mencapai segala usaha yang ku inginkan
tetap tiada bantuan kata semangat yang diberikan

ku sedar, ku hanya jasad bernyawa
tiada berjiwa teguh, tiada kekuatannya
kembali ku mencari cahaya
cahaya kekuatan, untuk ku teruskan perjuangan

ku sedar keuntungan hanya milik mereka
yang sentiasa haus dengan kekayaan dunia cereka
setiap drama m-n-sia yang hanya leka berpesta
hanya sanggup melayan nafsu berakah semata-mata

ku sedar jiwa ku pernah berdinding tirai besi
walaupun sudah ku jauh dari segala kata berisi
tetap tidak dapat mencari kekuatan yang di hajati
kerna tidak diberi peluang untuk mencari jati diri

ku layankan semua kata-kata sedarah sedagingku
yang hanya tahu mencari semata-mata kesalahanku
kurang ajaran, kurang panduan, kurang segala didik
usah butakan diri sedangkan diri itu masih celik

ku mencari cahaya yang memberi kejayaan
mencari ketenangan yang membawa ke arah yang satu
tika semua mahukan sesuatu kecemerlangan
ku mahu kan jiwa dan nyawaku kini bersatu

ku sedar, ku hanya jasad bernyawa
tiada berjiwa teguh, tiada kekuatannya
kembali ku mencari cahya
cahaya kekuatan, untuk ku teruskan perjuangan

maafkan aku jika kataku mengguris hatimu
aku hanya cuba untuk mencari kedamaian jiwaku
andai tidak ada kekhilafan ini siapa lah aku
sebagai khalifah untuk mencari jalan yang satu

cahaya yang aku impikan hanya kepadanya
ku ingin mencapai satu arah hanya kepadanya
agar dapat ku keluar dari kepompong kejahatan
yang dicipta oleh makhluknya yang bergelar syaitan

ku sedar, ku hanya jasad bernyawa
tiada berjiwa teguh, tiada kekuatannya
kembali ku mencari cahaya
cahaya kekuatan, untuk ku teruskan perjuangan

ku sedar, ku hanya jasad bernyawa
tiada berjiwa teguh, tiada kekuatannya
kembali ku mencari cahaya
cahaya kekuatan, untuk ku teruskan perjuangan

letras aleatórias

MAIS ACESSADOS

Loading...