letras.top
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 #

letra de perspektif mat imhar - mymotivace

Loading...

perspektif mat imhar
perspektif mat imhar

kenangan puluhan tahun lalu
terasa tak lapuk dek waktu
segar tergambar di mindaku
punca berubahnya cara fikirku

sehari sebelum exam math moden
cikgu sayyanil telah berpesan
sebutkan ini secara perlahan
pada permulaan tiap soalan

“oh senangnya ini soalan
aku mesti boleh bagi jawapan”

cikgu menyatakan inilah dia amalan
memudahkan otak cari jawapan
menurutnya ada data kajian
ianya terbukti dan berkesan

bila tibanya hari ujian
kertas soalan siap diedarkan
kedengaran jelas suara bisikan
dari kawan yang duduk bersebelahan
aduh susahnya, susahnya
(“awat susah sangat semua soalan”)

aku terganggu dan kehairanan
mendengar bisikan yang berlawanan
dengan apa yang cikgu pesankan
mungkinkah dia sudah melupakan
atau mungkin kurang pendengaran

sebaik tamat waktu ujian
aku terus pergi mendapatkan
kaw-nku tadi si pemilik bisikan
tak tertahan rasa nak mempersoalkan
apa punca dia berlawanan
dengan nasihat yang cikgu sarankan

weh mat hang dah terlupa kah semalam
cikgu sayyanil telah berpesan
sebutkan ini secara perlahan
pada permulaan tiap soalan

“oh senangnya ini soalan
aku mesti boleh bagi jawapan”

cikgu menyatakan inilah dia amalan
memudahkan otak cari jawapan
menurutnya ada data kajian
ianya terbukti dan berkesan
adakah hang sengaja abaikan nasihat cikgu
atau gabra dan terlupa sebab tak baca buku

dengan tenang mat imhar menjawab
dia buat macam tu ada bersebab
mindanya lebih fokus jika soalan susah
berbanding soalan yang dianggap mudah
dia mungkin akan cuai dalam kaedah
lagipun kalau dia kata soalan mudah
tapi akhirnya dapat markah rendah
pastinya dia akan menyesal tak sudah
berbanding jika dia kata soalan susah
andai markah rendah pun tiada masalah

aku tercengang dalam kekaguman
tak pernah terlintas difikiran
ada hikmahnya dalam perbezaan
lain orang lain sudut pandangan
asal ada hujah dan alasan

raikannya cambah gagasan

perspektif mat imhar
perspektif mat imhar

hidup ini subjektif
usah tersekat pada objektif
pelbagaikan perspektif
sebelum merumuskan naratif
di setiap positif negatif
selalu adanya alternatif

di setiap positif negatif
selalu adanya alternatif

perspektif mat imhar
perspektif mat imhar

letras aleatórias

MAIS ACESSADOS

Loading...