letras.top
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 #

letra de yang benar - amzeeq

Loading...

mula resah dalam hati kurang putih, kelabu
mula timbul rasa angkuh kurang faham,cemburu
jalan cerah betukar gelap tanpa bersuluh
dulu mungkin pohon utuh sekarang jatuh luluh

bukan tak pernah cuba ubah atur
berkali ubah punah yang datang si hancur
konon bermeditasi lakun mula lantun
makan jerat sendiri habis tunduk santun

hook

yang benar, aku tahu
yang benar, cukup satu
yang benar, waktu itu
berikan penjelasan nyata

yang benar, diceritakan
yang benar, jangan biar simpan
yang benar, dilupakan
akhir penghujung kekal sama

verse (am)

bermula ubah pendirian
terpadam sejarah lantas tutup impian
terlajak depan,kau kurang sabar kan?
nafikan sayang lagi kerna dah tak tahan
nafsu melonjak hanya nak menghentak
berontak dalam otak yang elok pun rosak
liberalisma, konon keluar kotak
sebaris candu baru, pun tak nampak rosak

bintang filem juta jutaanya pecah panggung
pernah bersama menggunung sekarang sendiri tampung
sekenalan kampung,sudah mula mahu teropong
tempurung murung terbuka,tabur kecam sombong

tari pagi,tarik sunti,tari panas api nanti
deklamasi destinasi mungkin tuju hari mati
lain hari lain gelas,mungkin kekal sampai mati
maaf kita lain kelas,kuliah henti cara rasmi

hook “again

yang benar, aku tahu
yang benar, cukup satu
yang benar, waktu itu
berikan penjelasan nyata

yang benar, diceritakan
yang benar, jangan biar simpan
yang benar, dilupakan
akhir penghujung kekal sama

verse (baal)

lupakan saja apa yang sudah terlepas
berkali kali mencari jawapan ku lemas
diskusi antara kita acapkali dibidas
kejujuran tiada batas pabila kau cemas

perasaan tanpa perasan sudah tersimpan
buncah dek diri kerna tak mahu ku lepaskan
pendam jawapan pabila berseorangan
hanya fikirkan nafsu diri bukan keperluan

menyelam lautan apus demi hapus perbalahan
biarpun putih mata dari berputar haluan
biar ku bergini dari berputar fikiran
tak perlu disoal jawapanku tetap bukan

outro

bukan tak pernah cuba ubah atur
berkali ubah punah yang datang si hancur
konon bermeditasi lakun mula lantun
makan jerat sendiri habis tunduk santun

hook

yang benar, aku tahu
yang benar, cukup satu
yang benar, waktu itu
berikan penjelasan nyata

yang benar, diceritakan
yang benar, jangan biar simpan
yang benar, dilupakan
akhir penghujung kekal sama

letras aleatórias

MAIS ACESSADOS

Loading...